Mereka yang terjebak dengan blue, pasti akan ber’couple’. Ini bukanlah suatu perkara yang memelikkan kerana bagi mereka, menonton blue sahaja tidak mencukupi. Menonton blue bagaikan menagih dadah seperti yang dikatakan sebelum ini. Pada mulanya mereka melihat gambar, kemudian menonton video, dan akhirnya sudah tiba masanya untuk mencari seseorang untuk dijadikan ‘kambing hitam’. Setelah berlakudeclaration, maka bermulalah pemasangan strategi-strategi oleh mereka ini. Apabila mereka berdepan dengan couple mereka, mereka cuba mengimbas kembali aksi-aksi di dalam video blue yang ditonton tadi, cuma kali ini wataknya cuba dikaitkan dengan pasangannya itu. Dan sekali lagi, bayangan mereka ini masih belum memenuhi kehendak nafsu mereka lagi.

Pada zahirnya, kaum lelaki tampak seorang yang mengambil berat, sering bertanya khabar, memuji-muji kaum hawa supaya dapat meruntum jiwa mereka. Mereka akan berlakon watak ‘lelaki paling baik di dunia’ dan ianya memang terbukti berjaya. Tidak hairanlah apabila ditanya pada kebanyakan para wanita diluar sana, masing-masing mengaku memperoleh pasangan couple terbaik dan kononnya tiada lagi lelaki lain yang dapat menandingi pasangan mereka itu. Bagi lelaki tersebut, tidak kira gelaran ‘baik’ diperoleh atau tidak, mindset mereka memang sudah ditetapkan sejak awal-awal lagi dan misi mereka harus dicapai secepat mungkin. Mereka cuba mencuba sehingga apabila berjaya menguasai perasaan pasangan mereka, maka bertindaklah mereka! Setelah habis diperalat, dikatakan telah puas, maka ditinggallah kaum wanita yang malang tadi. Jika kaum wanita itu ‘bernasib baik’, sampailah mereka ke jinjang pelamin walaupon telah dipalit dengan aksi-aksi yang menjijikan tadi . Dan kita pula terpedaya dengan 'kebahagian' pasangan couple itu.



No comments:
Post a Comment